PIDATO : TAKTIK
PENIPUAN KEWANGAN TERKINI ; PENIPU LICIK ATAU PENGGUNA YANG KURANG CERDIK
KELAS BM UIAM (20 JULAI 2016)
FGV, KWSP, Tabung Haji, 1MDB, 2.6 bilion.
Bukan ingin mencetus kontroversi, tetapi semuanya itu lebih
signifikasi kepada istilah “wang”.
Seorang wanita berumur linkungan 30-an berputih mata apabila wang
hasil simpanan perumahannya berjumlah hampir RM 200,000 lesap angkara terpedaya
dengan skim pelaburan emas Genneva.
Warga emas terjerat hampir RM 70,000 terbuai cinta palsu di laman
Facebook yang memohon pertolongannya untuk membayar wang untuk melepaskan
sekatan hadiah oleh kastam Malaysia.
Biasakah anda dengar kes sebegini? Renungkan.
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia
Yang
saya hormati saudara pembimbing berdedikasi ,
Kombinasi
intelektual kehakiman berintegriti,
Rakan
– rakan seperjuangan tersemat cinta di hati.
Taktik penipuan kewangan terkini. Itulah wadah pidato saya pada
hari ini.
Taktik ditakrif cara dalam memperoleh sesuatu. Manakala, penipuan
merujuk kepada helah dan menyembunyikan kebenaran. Menurut takrifan Albert
Gailort Hart, dalam bukunya yang berjudul Money Debt and Economic Activity,
wang dipercayai sebagai suatu kekayaan yang dimiliki untuk dapat melunasi
hutang dalam jumlah tertentu dan pada waktu yang tertentu pula atau “Penimbun
Kekayaan”.
Justeru, dengan bersandarkan kepada mauduk pidato saya. Ingin saya
ajukan persoalan utama. Salah siapa? Si
penipukah yang licik? Ataupun si pengguna (mangsa) yang kurang cerdik?
Izinkan saya menukilkan dengan 3 nirmala kata pencetus minda.
Pertama-liciknya si penipu. Kebijakan penipu yang menggunakan
pelbagai taktik berubah mengikut peredaran zaman. Si mangsa yang tidak
menyedari dengan mudah mengikut telunjuk penjenayah tanpa berfikir panjang yang
akhirnya memakan diri. Sebagai respresentasi, Jabatan Siasatan Jenayah
Pahang(JSJP) mendedahkan taktik sindiket yang menyamar sebagai Polis
menggunakan talian nombor pejabat Bukit Aman yang menghubungi mangsa, mendakwa
dokumen pengenalan diri mangsa telah digunakan dalam jenayah di luar negara.
Mangsa yang tergamam, terus mengikut telunjuk sindiket untuk menghubungi
penyamar kedua sebagai polis luar negara untuk kepastian. Akhirnya dengan mudah
mangsa memindahkan sejumlah wang ke akaun yang diberikan sindiket akibat takut
asetnya dibekukan. Hakikatnya, sindiket mengubah taktik dan sasaran dari semasa
ke semasa untuk mengelakkan aktiviti mereka terbongkar.
Sidang dewan bervisi,
Kedua- ketamakan diri mangsa. Mata yang dikaburi impian wang
berganda, menjadikan manusia lupa mana mutiara, mana batu semata. Betapa
melimpah mangsa terpesona dek dijanjikan pulangan wang berjuta. Satu kes
dibuka, ada yang tertipu apabila agen pelabur menjanjikan kekayaan tanpa
bersusah duluan. Bak kata mereka, “goyang kaki dapat duit” sambil menjual nama
testimoni palsu yang dikatakan berjaya bertalu berumah mewah, berkereta penuh
rumah. Sehingga ada yang sanggup meminjam bank, menjual tanah, dikorek
simpanan. Habis punah dek ditipu manusia yang berpaling tadah. Skim cepat kaya,
gores menang, pelaburan emas, mahupun peraduan sms. Hanya kerana ingin cepat
kaya, umpama malangnya pak kaduk, ayamnya menang kampung tergadai. Tuak terbeli
tunjang hilang, rezeki wang dinanti, duit lesap tanpa bayang.
Ironinya, pengguna perlu bijak dalam menilai, tidak terlampau mudah
percaya pada sebarang peniagaan pulangan pantas.
Ketiga-dibuai dengan cinta. Mangsa sasaran berupa individu yang
keseorangan, warga emas ataupun insan bermata jalang. Sindiket “Love Scam” akan
menghantar pesanan berupa ayat perkenalan, ayat-ayat manis sehingga mangsa cair
terkuis, wang diminta atas dasar cinta dusta yang akhirnya si mangsa memasukkan
wang ke akaun yang tidak dikenali. Umpama Leka di kerak jarang, kuku habis
peruk tak kenyang, cinta yang diharap dusta yang dipulang, harta lesap wang pun
hilang. Kecuaian mangsa sendiri yang tidak berwaspada dengan individu tidak
dikenali di laman sosial mampu mengundang padah jika tersalah gerak langkah.
Hadirin.
Pada hujung wacana bicara, tidak usah berbalah menuduh salah, emak
kau hijau,bapaku putih. Kesedaran masyarakat perlu bersama dijernih. Waspadalah
terhadap segala ganjaran mudah pulangan wang, ingatlah, bahawa taktala ayam
direban disambar helang, padi di tangan menjadi lalang, sejarah mungkin akan
berulang.
Sekian, terima kasih.

